mendaki menambah iman

mendaki menambah iman

Rabu, 27 April 2011

Kecewa......??







"I never know what the future brings
But I know you're here with me now
We'll make it through
And I hope you are the one I share my life with"
petikan lagu Daniel Bedingfeild...

huuuu....ayat ni kalau saya yang jahil bi ni apa yg saya faham ayat ni berbentuk satu HARAPAN!..


Apa Kesan orang yang menaruh HARAPAN TINGGI.........??????????


Hancur dan lebur?????

saat muda dan waktu mencari jodoh ni saya sangat berpengalaman...
maklum kita ni first time.......
tujuan ini bukan nak cerita kisah sedih dan duka saya....
orang BODOH je tulis kisah cinta dalam blog kih3.......
sebenar untuk sahabat2 yang mencari jodoh..tolong jangan meletak harapan yang tinggi mengunung pada calon kita sebelum dia sah jadi milik kita...
kalau takdir bukan untuk kamu apa perasaan kamu????
masak nasi goreng rasa la sendiri!!!

Belajar untuk mendekat diri pada Allah
belajar untuk meminta tunjuk dari Tuhan kita....
membina Masjid bukan macam membina surau.......
saiz x sama,bentuk x sama..
so....JANGAN MELETAK HARAPAN YANG TINGGI!

nanti hati jahat ni berbisik

"I don’t wanna run away but I can’t take it, I don’t understand
If I’m not made for you then why does my heart tell me that I am
Is there any way that I can stay in your arms?"

Sayanglah diri kamu sebelum syaitan sayangkan kamu...................

kasihku pada hijau........




Hari ni sejuk nyaman di Seremban sebab dua hari berturut2 hujan. Bulan ni bulan yang banyak program dan mesyuarat hingga hujung bulan 6. Perancangan masa depan nak pergi kursus bahasa arab dan talaqi quran di Syria terbantut disebabkan suasana politik di Syria yang sekarang tidak aman tapi saya yakin dan pasti sebaliknya ada hikmah. Apapun lebih elok saya tumpukan perhatian kepada diploma perubatan islam saya kerana ilmu ni juga mengubat penyakit hati saya walaupun besar cabaran belajar ilmu ni, kata Ust Rajab.."jin-jin ni akan hantar mejar-mejar bersara untuk menguji kekuatan kamu"..huuuuuhhhh...goyah hatiku... Ust Nazri Esa kata jangan risau habis belajar ni kita tubuh GHOST BUSTER kih3.....

Program untuk pemuda-pemuda untuk mendaki gunung datuk x lama lagi, alhamduillah ramai kemungkinan besar yang menyertai program ni. Insyallah kita doa mudah-mudahan kesan dan pengisian ni berjaya mengoda hati kita untuk mendekat diri pada Islam, mengenal Islam lagi dekat, mengenang perjuangan dakwah Rasulullah insyAllah. Kita tak nak lahirkan orang yang semangat dalam perjuangan tapi bila di medan dia yang lari paling jauh. Kita tak nak lahirkan orang yang kuat bertakbir di depan ramai tapi gerak kerja malas. Dan kita tak nak lahir orang yang ilmu tinggi tapi tidak bersama-sama dalam perjuangan menegak Islam.

Akhirnya sahabat-sahabat, Satu pasukan perlu pemilihan yang betul-betul yakin, kita nak letak Safee Ali sebagai peyerang, Theo Walcott sebagai Winger, Torres sebagai keeper.. huuuuuhhhh perlu yakin untuk memilih pimpinan pasukan.. kritik mereka sebagai nasihat bukan kritik sebagai menjatuhkan maruah org lain. Tegur mereka demi kebaikan pasukan sebab kita sayangkan pasukan kita, kita nak mesej pasukan ini sampai pada Fan-fan mereka.. oleh itu sama-sama kita kasihkan hijau alam ni supaya Allah beri kemenangan pada kita kelak insyAllah.