mendaki menambah iman

mendaki menambah iman

Khamis, 26 Mei 2011

Berita gembira pada madrasah yang penuh kesabaran.......

Sedih pilu melihat kesabaran sebuah madrasah yang penuh kesabaran...
sedih pilu melihat anak-anak yatim pergi begitu sahaja...
terdetik hati apalah dosa-dosa mereka...
seorang akhi berkata padaku kenapa kamu nak sedih...dia orang pergi kita patut senang hati..
"kenapa abang cakap macam tu?"soalan yang aku tuju waktu itu berada di office.
"mereka pergikan dah confirm syurga"jawapnya...
aku masih keliru...mnitis air mata melihat semua berita ada gambar tradegi runtuh di madrasah yang penuh kesabaran..

aku beli sebuah majalah yang bernama solusi
memahami tentang konsep sabar...
memikat hati aku untuk memahami bab sabar ni....

orang yang beriman akan mendapat kekuatan daripada pesan sabar
. Hatinya mampu mengaitkan apa yang sedang dihadapinya dengan
ketentuan Allah. Apabila berlaku sesuatu musibah terhadap dirinya, dia dapat
menerima dan menghadapinya dengan baik kerana menyedari hakikat....(aku baca lagi)

1) YAKIN AKAN MENDAPAT PAHALA TANPA BATAS DARIPADA ALLAH
Firman Allah s.w.t yang bermaksud;"sesungguhnya hanya orang yang bersabar yang dicukupkan pahala bagi mereka tanpa batasan" (surah al-Zumar 39:10)

2)MENDAPAT BERITA GMBIRA DENGAN RAHMAT DAN PETUNJUK DARIPADA ALLAH
Firman Allah s.w.t yang bermaksud:"Dan berikanlah khabar gembira kepada orang yang sabar, yang apabila ditimpa musibah mereka berkata '"kami milik Allah dan kepadaNya jua kami akan dikembalikan: Mereka itulah orang yang mendapat rahmat darpada Tuhannya dan merekalah orang yang mendapat pentunjuk"(Surah al-Baqarah 2:155-157) ....(mnitis airmata.............hati ku makin kuat..)

3)DIAMPUNKAN SEGALA DOSA
Dia faham bahawa ujian yang didatangkan oleh Allah kepadanya ialah jalan pembersihan terhadap dosa-dosa yang dilakukannya. Jadi, dia tahu kepahitan ujian itu hakikatnya ubat kepada penyakit-penyakit hatinya. sepertimana pesakit fizikal gembira apabila mendapat tahu ubat bagi peyakitnya, maka begitulah orang yang beriman akan berasa lega apabila diuji dengan kesusahan kerana mendapat ubat kepada penyakit rohaninya.

4)MENDAPAT SYURGA DI HARI AKHIRAT KELAK
Firman Allah s.w.t yang bermaksud;"Dan para malaikat masuk ke tempat-tempat mereka dari semua pintu(sambil mengucapkanya), keselamatan atas kalian berkat kesabaran kalian. Maka alangah baiknya tempat kesudahan itu."(surah al-Rad 13(23-24)
seorang yang diuji dengan kematian anak misalnya akan digembirakan oleh Allah menerusi janjiNya yang disampaikan oleh baginda Rasulullah s.a.w, mafhumnya  sabda baginda:

"jika anak seorang hamba mati, Allah berkata kepada malaikatNya: Engkau telah mengambil nyawa anak daripada hambaKu?mereka menyatakan: "Ya" Allah kemudian berkata "Apa yang dikatakan oleh hambaKu?
Mereka berkata:"Ia memujiMU dan beristirja" Maka Allah berkata"dirikanlah sebuah rumah di syurga buat hambaKu dan berikanlah nama dengan Baitul Hamd(rumah pujian)"
(riwayat al Tarmizi dan Abu musa al-Ashari)


Ya Allah masukan kalian ke syurga Mu...aminnn...doa aku selepas membaca petikan atas ni dalam majalah solusi...

Selasa, 10 Mei 2011

Last Samurai Malaysia..

Kisah samurai "The Last Samurai" menarik perhatian saya sejak saya sekolah lagi..

dah 5 kali tengok...
hehe..

kisah ini memaparkan tentang  perjuangan sebuah kampung samurai yang asalnya 100% budaya orang Jepun, Penuh kesetiaan Pada Maharaja, agama, jaga larang pantang agama, budaya sopan santun, tiada  sosial dan yang paling menarik adalah kebajikan rakyat di kawasan itu, rumah pimpinan pun sama cantik dengan rumah rakyat sendiri..


Tetapi mereka dimusuhi oleh kaum dan agama sama, cuma membezakan budaya orang bandar dan samurai, orang bandar Jepun mereka mengikut budaya orang British dengan pakaian kot dan berambut pendek tetapi puak samurai tetap dengan perjuangan budaya mereka dan taat setia pada maharaja.Orang bandar jepun tunduk dan taat pada arahan British hingga mereka ingin menghapuskan budaya samurai kerana SAMURAI ini dikategorikan PENGANAS.. huhu... sapa PENGGANAS sekarang yang dilabelkan?? ISLAM..

pandangan mata dunia ISLAM adalah PENGGANAS kerana mereka mengikut perjuangan Rasulullah S.A.W. Memegang senjata dan pedang hingga mengerunkan pihak musuh barat dan Israil. Akhirnya membunuh Osama Bin Laden, benar atau tidak terpulang pada Kuasa Ilahi..



Begitu juga suasana politik di Malaysia, PAS yang membawa Perjuangan Menegak Kalimah Allah dalam pentadbiran negara, membawa ketelusan dan  kebenaran dalam pentadbiran, Meletakkan rujukan pada Al-Quran dan Sunnah akhirnya yang jadi kaum pengecut dengan Islam ni adalah kaum MELAYU yang susah menerima Islam dalam dunia politik Islam

Apa yang melayu pandang tentang ISLAM

1. Solat kat masjid
2.bulan puasa kena puasa
3.raya kena beli baju baru
4.sembahyang jumaat
5.bila kematian baru pakai tudung
6.dalam masjid baru pakai sopan
7.kedai judi nombor ekorjadi temat singgahan utama dari masjid
8.kubur kau kubur aku lain..(melayu ni bodoh mudah tperdaya dengan ayat yang rasa boleh backup jahil dia)

Ini realiti MELAYU sekarang.... tolak islam ambik kebangsaan kononya Tanah Melayu ni dperjuang oleh orang Melayu..Siapa TUAN Tanah kat BUMI ni??Bukan Allah yang bagi kamu rezeki dan kehidupan yang senang , akhirnya mereka menolak ISLAM..

Doa mudah-mudahan mereka yang Melayu dan bukan agama Islam boleh menerima Islam dalam semua hal kehidupan kerana Allah itu Maha Berkuasa.. Tolak Islam terima Neraka..Terima Islam dapat SYURGA AMINNN...

Selasa, 3 Mei 2011

Target Pemuda fokus pilihanraya.....

Salam Semalaysia.......(petik dari ayat Parti Islam Semalaysia-PAS) hehe.......

rupanya Pas dah memperkenal SeMalaysia dari 50 tahun dahulu... PAS adalah Parti yang paling lama di Malaysia,percaya x?? ni abg sany yang cerita dalam menegur pemuda-pemuda negeri..teruk kena marah semlam hehe......

Apa saya lihat semalam di dalam Muktamar kali ke 26 Dewan Pemuda Negeri Sembilan, saya hadir sebagai seorang pemuda yang baru belajar untuk menyaksikan suasana-suasana muktamar dewan pemuda negeri. suasana yang dipenuhi pemuda-pemuda yang baru dan lama, mengenali sahabat-sahabat pimpinan dari ketua pemuda Ust Khairul Wafa hingga ke cabang-cabang exco bagi saya cukup GAH di pandangan-pandangan pemuda-pemuda negeri.

ucapan Tema dari ketua pemuda negeri dengan cara penyampaian seperti Tuan guru Abd Hadi Awang bagi saya Tokoh-tokoh ulama di negeri sembilan insyallah akan berkembang dan sudah pasti orang-orang melayu kuno gerun dan menghormati Ulama-ulama muda yang dilahirkan dari Allah melalui PAS. SDN. BHD.

Saya amat setuju dengan ucapan Ketua Pemuda dan mendiamkan diri dalam muktamar kerana kita orang baru, xleh mengeluar pandangan sangat sebab diri belum cukup hebat berkerja di depan Allah Taala jadi saya lebih suka mendengar kritikan2, pandangan, nasihat dan luahan. Bagi saya pemuda belum cukup dilatih bagaimana kita berada di dalam suasana muktamar seperti ditegur abg sany kita. YA saya akui pemuda belum cukup hebat dari KERJA LUAR BIASA, PIDATO LUAR BIASA, KRITIKAN LUAR BIASA, ILMU YANG LUAR BIASA.. ayuh pemuda mari sama2 muhasabah diri utk kita belajar bagaimana menjadi pemuda yang LUARBIASA bak kata Abg Izamri Med(seorang Pemuda dan Ahli Unit AMAl yang kerjanya LUARBIASA...)

Fokus Pilihanraya..Alhamduillah target pemuda untuk bertanding di DUN-Dun yang ada potensi ni satu berita yang LUARBIASA...Perkara seperti ini bagus dibincang bersama dan pemuda2 tidak teragak2 untuk membantu kawasan2 yang perlukan tenaga-tenaga pemuda supaya kesungguhan kita untuk boleh memujuk kepada Tuhan yang SATU supaya kita diberi KEMENANGAN untuk ISLAM...

SIFAT ORANG CEMERLANG

1) Niat yang betul(Kerana Islam)
2) Ada wawasan dan Matlamat(bertanding dun)
3) Berani dan sanggup berkorban
4) Sentiasa menambah Ilmu
5) Perhatian terfokus
6) Daya tahan yang tinggi
7) bersifat WARAK
8) sabar
9) Contohi orang berjaya(kerajaan kelantan dan kedah)
10) Tekun dan membina kerjaya
11) MEngembara dan mengambil pengajaran
12) Manfaatkan masa MUDA...
13) Amanah dan jujur
14) Berkerja secara pasukan


PEMUDA CEMERLANG IBARAT SEBUAH EMPANGAN, APABILA SEMUA ANAK-ANAK SUNGAI DARI HULU ATAU GUNUNG MENGALIRKAN AIR KE DALAMNYA, LAMA-KELAMAAN EMPANGAN ITU AKAN PENUH...

RENUNGKAN WAHAI PEMUDA....
MENANG DAKWAH MENANG PEPERANGAN.................