mendaki menambah iman

mendaki menambah iman

Khamis, 26 Mei 2011

Berita gembira pada madrasah yang penuh kesabaran.......

Sedih pilu melihat kesabaran sebuah madrasah yang penuh kesabaran...
sedih pilu melihat anak-anak yatim pergi begitu sahaja...
terdetik hati apalah dosa-dosa mereka...
seorang akhi berkata padaku kenapa kamu nak sedih...dia orang pergi kita patut senang hati..
"kenapa abang cakap macam tu?"soalan yang aku tuju waktu itu berada di office.
"mereka pergikan dah confirm syurga"jawapnya...
aku masih keliru...mnitis air mata melihat semua berita ada gambar tradegi runtuh di madrasah yang penuh kesabaran..

aku beli sebuah majalah yang bernama solusi
memahami tentang konsep sabar...
memikat hati aku untuk memahami bab sabar ni....

orang yang beriman akan mendapat kekuatan daripada pesan sabar
. Hatinya mampu mengaitkan apa yang sedang dihadapinya dengan
ketentuan Allah. Apabila berlaku sesuatu musibah terhadap dirinya, dia dapat
menerima dan menghadapinya dengan baik kerana menyedari hakikat....(aku baca lagi)

1) YAKIN AKAN MENDAPAT PAHALA TANPA BATAS DARIPADA ALLAH
Firman Allah s.w.t yang bermaksud;"sesungguhnya hanya orang yang bersabar yang dicukupkan pahala bagi mereka tanpa batasan" (surah al-Zumar 39:10)

2)MENDAPAT BERITA GMBIRA DENGAN RAHMAT DAN PETUNJUK DARIPADA ALLAH
Firman Allah s.w.t yang bermaksud:"Dan berikanlah khabar gembira kepada orang yang sabar, yang apabila ditimpa musibah mereka berkata '"kami milik Allah dan kepadaNya jua kami akan dikembalikan: Mereka itulah orang yang mendapat rahmat darpada Tuhannya dan merekalah orang yang mendapat pentunjuk"(Surah al-Baqarah 2:155-157) ....(mnitis airmata.............hati ku makin kuat..)

3)DIAMPUNKAN SEGALA DOSA
Dia faham bahawa ujian yang didatangkan oleh Allah kepadanya ialah jalan pembersihan terhadap dosa-dosa yang dilakukannya. Jadi, dia tahu kepahitan ujian itu hakikatnya ubat kepada penyakit-penyakit hatinya. sepertimana pesakit fizikal gembira apabila mendapat tahu ubat bagi peyakitnya, maka begitulah orang yang beriman akan berasa lega apabila diuji dengan kesusahan kerana mendapat ubat kepada penyakit rohaninya.

4)MENDAPAT SYURGA DI HARI AKHIRAT KELAK
Firman Allah s.w.t yang bermaksud;"Dan para malaikat masuk ke tempat-tempat mereka dari semua pintu(sambil mengucapkanya), keselamatan atas kalian berkat kesabaran kalian. Maka alangah baiknya tempat kesudahan itu."(surah al-Rad 13(23-24)
seorang yang diuji dengan kematian anak misalnya akan digembirakan oleh Allah menerusi janjiNya yang disampaikan oleh baginda Rasulullah s.a.w, mafhumnya  sabda baginda:

"jika anak seorang hamba mati, Allah berkata kepada malaikatNya: Engkau telah mengambil nyawa anak daripada hambaKu?mereka menyatakan: "Ya" Allah kemudian berkata "Apa yang dikatakan oleh hambaKu?
Mereka berkata:"Ia memujiMU dan beristirja" Maka Allah berkata"dirikanlah sebuah rumah di syurga buat hambaKu dan berikanlah nama dengan Baitul Hamd(rumah pujian)"
(riwayat al Tarmizi dan Abu musa al-Ashari)


Ya Allah masukan kalian ke syurga Mu...aminnn...doa aku selepas membaca petikan atas ni dalam majalah solusi...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan