rupanya Pas dah memperkenal SeMalaysia dari 50 tahun dahulu... PAS adalah Parti yang paling lama di Malaysia,percaya x?? ni abg sany yang cerita dalam menegur pemuda-pemuda negeri..teruk kena marah semlam hehe......
Apa saya lihat semalam di dalam Muktamar kali ke 26 Dewan Pemuda Negeri Sembilan, saya hadir sebagai seorang pemuda yang baru belajar untuk menyaksikan suasana-suasana muktamar dewan pemuda negeri. suasana yang dipenuhi pemuda-pemuda yang baru dan lama, mengenali sahabat-sahabat pimpinan dari ketua pemuda Ust Khairul Wafa hingga ke cabang-cabang exco bagi saya cukup GAH di pandangan-pandangan pemuda-pemuda negeri.
ucapan Tema dari ketua pemuda negeri dengan cara penyampaian seperti Tuan guru Abd Hadi Awang bagi saya Tokoh-tokoh ulama di negeri sembilan insyallah akan berkembang dan sudah pasti orang-orang melayu kuno gerun dan menghormati Ulama-ulama muda yang dilahirkan dari Allah melalui PAS. SDN. BHD.

Fokus Pilihanraya..Alhamduillah target pemuda untuk bertanding di DUN-Dun yang ada potensi ni satu berita yang LUARBIASA...Perkara seperti ini bagus dibincang bersama dan pemuda2 tidak teragak2 untuk membantu kawasan2 yang perlukan tenaga-tenaga pemuda supaya kesungguhan kita untuk boleh memujuk kepada Tuhan yang SATU supaya kita diberi KEMENANGAN untuk ISLAM...
SIFAT ORANG CEMERLANG
1) Niat yang betul(Kerana Islam)
2) Ada wawasan dan Matlamat(bertanding dun)
3) Berani dan sanggup berkorban
4) Sentiasa menambah Ilmu
5) Perhatian terfokus
6) Daya tahan yang tinggi
7) bersifat WARAK
8) sabar
9) Contohi orang berjaya(kerajaan kelantan dan kedah)
10) Tekun dan membina kerjaya
11) MEngembara dan mengambil pengajaran
12) Manfaatkan masa MUDA...
13) Amanah dan jujur
14) Berkerja secara pasukan
PEMUDA CEMERLANG IBARAT SEBUAH EMPANGAN, APABILA SEMUA ANAK-ANAK SUNGAI DARI HULU ATAU GUNUNG MENGALIRKAN AIR KE DALAMNYA, LAMA-KELAMAAN EMPANGAN ITU AKAN PENUH...
RENUNGKAN WAHAI PEMUDA....
MENANG DAKWAH MENANG PEPERANGAN.................
Tiada ulasan:
Catat Ulasan