mendaki menambah iman

mendaki menambah iman

Rabu, 27 April 2011

kasihku pada hijau........




Hari ni sejuk nyaman di Seremban sebab dua hari berturut2 hujan. Bulan ni bulan yang banyak program dan mesyuarat hingga hujung bulan 6. Perancangan masa depan nak pergi kursus bahasa arab dan talaqi quran di Syria terbantut disebabkan suasana politik di Syria yang sekarang tidak aman tapi saya yakin dan pasti sebaliknya ada hikmah. Apapun lebih elok saya tumpukan perhatian kepada diploma perubatan islam saya kerana ilmu ni juga mengubat penyakit hati saya walaupun besar cabaran belajar ilmu ni, kata Ust Rajab.."jin-jin ni akan hantar mejar-mejar bersara untuk menguji kekuatan kamu"..huuuuuhhhh...goyah hatiku... Ust Nazri Esa kata jangan risau habis belajar ni kita tubuh GHOST BUSTER kih3.....

Program untuk pemuda-pemuda untuk mendaki gunung datuk x lama lagi, alhamduillah ramai kemungkinan besar yang menyertai program ni. Insyallah kita doa mudah-mudahan kesan dan pengisian ni berjaya mengoda hati kita untuk mendekat diri pada Islam, mengenal Islam lagi dekat, mengenang perjuangan dakwah Rasulullah insyAllah. Kita tak nak lahirkan orang yang semangat dalam perjuangan tapi bila di medan dia yang lari paling jauh. Kita tak nak lahirkan orang yang kuat bertakbir di depan ramai tapi gerak kerja malas. Dan kita tak nak lahir orang yang ilmu tinggi tapi tidak bersama-sama dalam perjuangan menegak Islam.

Akhirnya sahabat-sahabat, Satu pasukan perlu pemilihan yang betul-betul yakin, kita nak letak Safee Ali sebagai peyerang, Theo Walcott sebagai Winger, Torres sebagai keeper.. huuuuuhhhh perlu yakin untuk memilih pimpinan pasukan.. kritik mereka sebagai nasihat bukan kritik sebagai menjatuhkan maruah org lain. Tegur mereka demi kebaikan pasukan sebab kita sayangkan pasukan kita, kita nak mesej pasukan ini sampai pada Fan-fan mereka.. oleh itu sama-sama kita kasihkan hijau alam ni supaya Allah beri kemenangan pada kita kelak insyAllah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan